Al-Hilal berdepan Manchester City tanpa jeneral padang

Al-Hilal berdepan Manchester City tanpa jeneral padang


IMPIAN Al-Hilal untuk melakar sejarah lebih gemilang dalam Piala Dunia Kelab menerima tamparan hebat apabila kapten, Salem Al-Dawsari, disahkan cedera hamstring.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab gergasi Arab Saudi itu melalui platform media sosial X, hasil ujian perubatan mengesahkan Al-Dawsari mengalami kecederaan pada otot.

Tonggak berusia 33 tahun dari Jeddah itu akan menjalani rawatan serta program pemulihan intensif selama empat hingga enam minggu.

“Salem Al-Dawsari mengalami kecederaan hamstring dan kini dalam fasa pemulihan,” kata kenyataan itu ringkas namun membawa kesan besar buat kem al-Hilal.

Ketiadaan tonggak utama itu bermakna skuad kendalian Jorge Jesus bakal turun tanpa jeneral padang untuk aksi getir menentang juara gergasi England, Manchester City, dalam saingan pusingan 16 terbaik yang dijadual berlangsung pada Selasa ini.

Al-Dawsari sebelum ini muncul sebagai wira Al-Hilal apabila meledak gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 ke atas Pachuca dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Jaringan tersebut bukan sahaja membuka laluan kepada kemenangan meyakinkan, malah mengesahkan kemaraan Al-Hilal ke pusingan kalah mati selaku naib juara Kumpulan H, di belakang Real Madrid.

PIALA DUNIA KELAB

PUSINGAN 16

29 JUN (AHAD)

Palmeiras lwn Botafogo,

(Stdium Lincoln Financial Field, Philadelphia, Pennsylvania, 12 tengah malam)

Benfica lwn Chelsea

(Stadium Bank of America, Charlotte, North Carolina, 4 pagi)

30 JUN (ISNIN)

Paris Saint-Germain lwn Inter Miami

(Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, Georgia, 12 tengah malam)

Flamengo lwn Bayern Munich

(Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida, 4 pagi)

1 JULAI (SELASA)

Inter Milan lwn Fluminense

(Stadium Bank of America, Charlotte, North Carolina, 3 pagi)

Manchester City lwn Al Hilal

(Stadium Camping World, Orlando, Florida, 9 pagi)

2 JULAI (RABU)

Real Madrid lwn Juventus

(Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida, 3 pagi)

Borussia Dortmund wn CF Monterrey

(Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, Georgia, 9 pagi)

 



Source link

OR

Scroll to Top