Kilang kitar semula musnah 70 peratus dalam kebakaran

Kilang kitar semula musnah 70 peratus dalam kebakaran


mhafis@mediaprima.com.my

Kajang: Sebuah kilang kitar semula di Jalan Bangi Batu 1 Semenyih Teknologi Park, di sini, musnah 70 peratus dalam kebakaran pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kebakaran pada jam 6.33 pagi dan tiba di lokasi jam 6.45 pagi ini.

Menurutnya, seramai 37 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Kajang, BBP Pandan Indah dan BBP Mantin dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top