Kejutan suku akhir Pearly-Thinaah

Kejutan suku akhir Pearly-Thinaah


MESKIPUN tidak diletakkan harapan tinggi, namun beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang membuat debut pada Sukan Olimpik 2024 membuktikan sebaliknya apabila mara ke suku akhir di Paris pada Selasa.

Kejayaan tersebut diraih selepas pasangan negara yang menghuni ranking ke-13 dunia meneruskan misi kejutan.

Kali ini pasangan dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti menjadi mangsa kedua dalam aksi terakhir Kumpulan A itu.

Dalam pertembungan di Porte de La Chapelle Arena, Pearly-Thinaah yang diundi dalam kumpulan maut menumpaskan gandingan yang berstatus kesembilan dunia 21-18, 21-9 dalam tempoh 45 minit permainan.

Menerusi kemenangan itu, mengubah pencapaian mereka yang berpihak Pearly-Thinaah kepada rekod kemenangan 4-3.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu pada Ahad mengejutkan pasangan berstatus keenam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 18-21, 21-15, 21-16.

Dalam aksi pertama, Pearly-Thinaah tewas di tangan gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 17-21, 20-22.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top