Dembele mengganas, PSG menghampiri mahkota dunia

Dembele mengganas, PSG menghampiri mahkota dunia


East Rutherford: Bintang Perancis, Ousmane Dembele kembali ‘menggila’ tepat pada masanya apabila mengetuai serangan Paris Saint-Germain (PSG) untuk membelasah Real Madrid 4-0, sekali gus membawa kelab itu ke final Piala Kelab Dunia menentang Chelsea, Ahad ini.

Dembele yang sebelum ini hanya tampil sebagai pemain gantian susulan kecederaan paha, akhirnya diberi kepercayaan untuk memulakan perlawanan dan dia tidak mengecewakan apabila mencipta assist dan menjaringkan gol hanya dalam tempoh sembilan minit pertama.

“Ini kali pertama saya dapat gunakan Dembele pada tahap terbaiknya. Dia pemain unik, seorang bintang yang semua peminat mahu lihat,” kata jurulatih Luis Enrique yang percaya anak buahnya itu layak dicalonkan untuk Ballon d’Or musim ini.

Kemenangan ini juga menghidupkan impian PSG untuk menamatkan musim dengan kejuaraan berganda empat selepas menjulang trofi liga, piala domestik dan Liga Juara-Juara (UCL) yang dimenangi dengan penuh bergaya selepas menewaskan Milan 5-0.

“Kami hanya tinggal satu perlawanan untuk mencipta sejarah bukan hanya untuk PSG, tapi untuk bola sepak Perancis,” kata Enrique penuh semangat.

Perlawanan akhir menentang Chelsea dijadualkan berlangsung Ahad ini (Isnin waktu Malaysia) dan dijangka menjadi pentas sempurna buat Dembele mengukuhkan statusnya sebagai calon Ballon d’Or paling menyerlah tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top