01 Ogos 2024 10:34pmMasa membaca: 4 minit
RADIO Televisyen Malaysia (RTM) diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 pada Rabu.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
“…tapi kita akan minta penjelasan daripada pihak RTM nanti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM sebagai badan penyiaran nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol, Pablo Abian, sebaliknya menyiarkan perlawanan antara atlet Israel, Misa Zilberman dan atlet Nepal Prince Dahal.
Untuk rekod, RTM merupakan penyiar rasmi temasya sukan berprestij Olimpik Paris selama 17 hari tanpa henti secara percuma.
Acara-acara Sukan Olimpik Paris boleh ditonton secara langsung menerusi saluran TV Okey dan Sukan TV RTM dan ‘live streaming’ Olimpik juga disiarkan melalui aplikasi RTM Klik. – Bernama
OR