Perkahwinan yang dibina selama 12 tahun bertemu titik nokhtah, bagaimanapun pelakon Norreen Iman berkata dia gembira melayari bahtera rumah tangga bersama bekas suami, Mohd Raizi.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Norreen meskipun dilihat tenang namun dia mengakui perpisahan tersebut berat untuk diterima.
BACA: Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu
“Saya gembira dengan Norreen sebelum ini. Ada pasangan yang memahami, ada anak-anak yang betul-betul membahagiakan. Ellen sangat pandai, bijak, membesar dengan good parents.
“Sepanjang 12 tahun, saya happy, ini jalan yang terbaik, kita teruskan kehidupan. Anak-anak pun dah besar. Berat, berat,” katanya.
Sementara itu, Norreen turut menitipkan doa buat bekas suaminya untuk terus maju jaya dalam kehidupan serta menyifatkan Raizi seorang lelaki yang sangat baik.
“Kepada Razi, Norreen doakan semoga lebih maju ke hadapan, sentiasa ingat untuk sayang sesiapa yang sayang diri kita. Razi adalah lelaki yang baik, saya mungkin tak dapat cari lelaki seperti dia di luar sana,” katanya.
Terdahulu, mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penghujung tahun lalu dan Norreen sudah pun tamat iddah.






