Pengacara Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpul dana berjumlah RM137,000 dalam tempoh 50 jam bagi membantu kos perubatan anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adam Adrian.
Menerusi perkongsian di Instagram, perkara itu diumumkan menerusi podcast Kita Kita Aje selepas kutipan Tabung Kilat untuk Adam yang disahkan menghidap kanser tulang.
BACA: Anak Amyza Aznan Ditawarkan Lagu Dari Syarikat Rakaman Lepas 30 Minit Nyanyi Di TTMM2
“Diumumkan di Podcast Kita Kita Aje di Youtube tepat 10:40 malam tadi selepas lebih 50 jam tabung Kilat Adam Adrian anak kepada Amyza Aznan yang diuji dengan kanser tulang wang terkumpul setakat ini adalah RM137,127.90,” tulisnya.
Sementara itu, Aznil turut menzahirkan penghargaan buat mereka yang menghulurkan bantuan dan dana yang diterima akan disalurkan terus ke akaun Amyza.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan ada dari luar Malaysia juga yang menyumbang. Semoga Allah membalas budi baik anda semua dengan seribu kerahmatan. Amin Paknil akan transfer kesemua wang yang ada ini kepada akaun Amyza sekarang,” tulisnya.






