Pelakon Amyza Aznan berkata pemergian anak sulungnya, Allahyarham Andere Mikhail membuatkan dirinya dalam ketakutan.
Menerusi siaran langsung bersama Era, Amyza berkata setahun lalu anak sulungnya itu dalam keadaan baik namun akhirnya pergi.
BACA: Aznil Nawawi Berjaya Kutip RM137,000, Bantu Kos Rawatan Anak Amyza Aznan
“Sebab dulu Andre setahun dia okey dan tiba-tiba dia pergi. Pasti saya akan takut, phobia… adakah benda sama akan berulang lagi?” katanya.
Sementara itu, Amyza berkata dia mungkin dilihat kuat serta meneruskan kehidupan seperti biasa namun di sudut hati hanya Allah yang mengetahui.
“Saya nampak happy, saya nampak gelak, saya nampak move on, saya nampak kuat. Tapi jauh di sudut hati saya, apa yang saya tanggung dan fikir… rindu kepada orang yang dah tak ada ini datang macam angin lalu,” tulisnya.
Dalam pada itu, dia reda dengan pemergian anaknya itu namun kerinduan pada arwah Andre tiada penghujung selagi hayat masih ada.
“Saya reda, cuma saya rindu. Dan rindu itu tak ada penghujung, selagi hayat dikandung badan,” katanya.






