“Ada Bentuk Badan Menarik, Memang Akan Ada VIP & Suami Orang Cuba Mendekati”

“Ada Bentuk Badan Menarik, Memang Akan Ada VIP & Suami Orang Cuba Mendekati”


Pelakon Anzalna Nasir memberikan pandangannya susulan pendedahan selebriti wanita yang mendakwa pernah diganggu individu berstatus VIP.

Menerusi satu hantaran di Threads, Anzalna berkata perkara itu boleh berlaku pada sesiapa saja tidak kira dalam pekerjaan apa sekalipun.

BACA: “Dalam Rumah Tangga Cantik Saja Tak Cukup, Full Pakej Baru Berbaloi” – Anzalna

“Terbaca kisah kawan selebriti diganggu VIP. Sebenarnya, kalau awak ada rupa atau tidak sekali pun, tapi bentuk badan menarik memang akan ada VIP atau suami orang yang cuba mendekati. Tidak kisah kerja apa sekali pun,” katanya.

Sementara itu, Anzalna berkata disebabkan keadaan tersebut dia memilih untuk memberitahu dirinya sudah mempunyai kekasih bagi mengelakkan ada pihak yang mahu mengambil kesempatan.

“Sepanjang saya jadi pelakon, saya memang pilih untuk ada kekasih sebab setidaknya orang tidak berani nak kacau.

“Memang merata tempat saya akan beritahu sudah ada kekasih, sampai ada persoalkan ‘tak takut ke nanti tak popular sebab sudah ada boyfriend?’. Tapi saya tidak kisah.

“Yang penting saya tahu selamat daripada buaya darat. Sampai ke mana-mana pun, saya akan bawa Hanif sekali demi keselamatan diri, sekarang kekasih saya itu sudah jadi suami,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top