Terbuka China: Pearly-Thinaah selangkah ke final

Terbuka China: Pearly-Thinaah selangkah ke final


Pearly (kanan) dan Thinaah akan menentang pasangam tuan rumah dalam aksi separuh akhir Terbuka China pada Sabtu. Foto Agensi.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka China sebentar tadi.

Kejayaan berkenaan dilakar selepas pasangan nombor tiga dunia itu membenam cabaran wakil Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam aksi suku akhir secara straight set.

Dalam aksi di Gimnaaium Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu, Pearly-Thinaah dilihat tiada masalah untuk mendominasi saingan sebelum menang set pertama 21-16.

Pengalaman nyata menjadi pemisah apabila finalis Terbuka Jepun itu mengesahkan kemenangan 21-12 dalam masa 39 minit permainan dalam kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.

Menerusi keputusan tersebut menyaksikan Pearly-Thinaah melebarkan rekod kemenangan ke atas pasangan Jepun itu kepada 4-1.

Menanti mereka dalam aksi separuh akhir pada Sabtu ialah pasangan tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.



Source link

OR

Scroll to Top