Messi, Alba terlepas penggantungan?

Messi, Alba terlepas penggantungan?


Texas: Lionel Messi dan Jordi Alba dari Inter Miami tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin biarpun tidak menyertai perlawanan All-Star MLS pada Rabu lalu, kata pengendali pasukan itu, Javier Mascherano.

Kedua-dua pemain itu dipilih memperkuatkan pasukan itu menerusi undian yang dibuat peminat dan media, namun dua pemain itu tidak tampil dalam skuad MLS yang menewaskan Liga MX All-Stars 3-1.

Peraturan liga menetapkan bahawa pemain yang dipilih namun tidak menyertai perlawanan berkenaan tanpa alasan perubatan yang sah boleh dikenakan penggantungan satu perlawanan.

Mascherano berkata, kedua-dua tonggak berkenaan sudah beraksi terlalu banyak perlawanan sepanjang musim dan Messi mengalami keletihan.

“Lihat, pemain sentiasa mengalami ketidak selesaan, terutamanya apabila mereka bermain setiap tiga hari. Tetapi bernasib baik, (Messi) kembali hari ini.

“Kami harap dia boleh berlatih bersama pasukan. Kami tidak menerima sebarang tindakan disiplin,” kata Mascherano.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top