Peminat dilarang cetak nama tiga legenda pada jersi baharu MU

Peminat dilarang cetak nama tiga legenda pada jersi baharu MU


Skuad United memakai jersi baharu musim 2025/2026 semasa aksi pramusim di Amerika Syarikat.

JERSI baharu home dan away Manchester United untuk musim 2025/2026 telah dilancarkan secara rasmi dan ia mendapat sambutan hangat daripada peminat di seluruh dunia.

Reka bentuk eksklusif hasil kerjasama dengan Adidas menampilkan warna merah klasik untuk jersi home dengan sentuhan hitam dan putih, manakala jersi away tampil segar dengan kombinasi putih, ungu muda serta ungu gelap.

Namun di sebalik keterujaan itu, penyokong The Red Devils dikejutkan dengan larangan yang dikenakan terhadap cetakan nama legenda kelab, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo pada jersi replika.

Perkara itu disahkan menerusi notis di Megastore Old Trafford yang menyatakan larangan berkenaan disebabkan oleh sekatan pelesenan, berkaitan hak imej yang dimiliki secara peribadi oleh pemain terbabit.

Akibatnya, peminat yang mengidam jersi edisi baharu dengan nama legenda pilihan terpaksa mencari alternatif di luar kedai rasmi kelab.

Sebagai pilihan, Manchester United menawarkan cetakan nama pemain semasa seperti kapten pasukan Bruno Fernandes serta dua rekrut baharu, Bryan Mbeumo dan Matheus Cunha yang menjadi antara pilihan popular musim ini.

Pasukan bimbingan Ruben Amorim telah menggunakan jersi baharu tersebut dalam aksi pramusim di Amerika Syarikat termasuk kemenangan ke atas West Ham United serta Bournemouth dan akan melengkapkan siri jelajah menentang Everton hujung minggu ini.



Source link

OR

Scroll to Top