16 sekolah berentap rebut Kejuaraan B-12

16 sekolah berentap rebut Kejuaraan B-12

16 sekolah berentap rebut Kejuaraan B-12


SEBANYAK 16 pasukan sekolah rendah terbaik dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sah bakal berentap dalam Kejohanan Bolasepak Bawah-12 Tahun (B-12) 2025.

Kejohanan yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober depan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya itu menghimpunkan juara dan naib juara Majlis Sukan Daerah (MSD) sebagai medan mengukur kekuatan bakat bola sepak peringkat akar umbi.

Selangor muncul sebagai kuasa besar apabila menghantar 10 wakil daerah iaitu SK Damansara Damai (2) [Petaling Utama], SK Serdang UPM [Petaling Perdana], SK Semenyih [Hulu Langat], SK Bukit Naga [Klang], SK Taman Tun Teja [Gombak], SK Bandar Baru Salak Tinggi [Sepang], SK Ulu Yam Bharu [Hulu Selangor], SK Seri Pristana [Kuala Selangor], SK Kebun Baharu [Kuala Langat] dan SK Binjai Jaya [Sabak Bernam].

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mempertaruhkan empat pasukan iaitu SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (Bangsar), SK Cochrane (Pudu), SK Taman Melati (Keramat) dan SK Batu Muda (Sentul).

Sementara itu, Putrajaya diwakili dua pasukan terbaik iaitu SK Putrajaya Presint 9 (2) selaku juara dan SK Putrajaya Presint 15 (1) sebagai naib juara.

Kesemua 16 pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan format sembilan sebelah (9s), di mana juara serta naib juara kumpulan mara ke peringkat kalah mati untuk merebut kejuaraan edisi sulung kejohanan ini.

Sementara itu, Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri Fraser & Neave Holdings Bhd, Norazrin Norsyam Yee berkata, penganjuran kejohanan ini adalah kesinambungan kejayaan F&N melalui 100PLUS yang telah lama menaja Liga KPM sejak 2008.

“Kami melihat lebih banyak kejohanan berkualiti diperlukan untuk memperkasa bakat muda. Sebab itu, dengan kerjasama BSKK, kami menganjurkan kejohanan baharu ini,” katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur pada Jumaat

Pengarah BSKK, Ithnin Mahadi dalam pada itu menyifatkan kejohanan ini bukti komitmen berterusan sektor swasta dalam pembangunan bola sepak akar umbi.

“Kerjasama dengan F&N sudah lama terjalin. Sokongan mereka amat penting dalam membangunkan sukan di peringkat sekolah dan akar umbi,” ujarnya.

Norazrin juga optimis kejohanan edisi sulung ini akan diteruskan pada tahun depan, malah berpotensi diperluas ke negeri lain selepas 2026.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) atas sokongan dalam memperkasakan pembangunan bola sepak peringkat sekolah di negara ini.

INFO

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12-TAHUN 2025

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

SK Putrajaya Presint 9 (2) – Johan

SK Putrajaya Presint 15 (1) – Naib Johan

SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (Bangsar)

SK Cochrane (Pudu)

SK Taman Melati (Keramat)

SK Batu Muda (Sentul)

SELANGOR

SK Damansara Damai (2) – Petaling Utama

SK Serdang UPM – Petaling Perdana

SK Semenyih – Hulu Langat

SK Bukit Naga – Klang

SK Taman Tun Teja – Gombak

SK Bandar Baru Salak Tinggi – Sepang

SK Ulu Yam Bharu – Hulu Selangor

SK Seri Pristana – Kuala Selangor

SK Kebun Baharu – Kuala Langat

SK Binjai Jaya – Sabak Bernam



Source link

OR

Scroll to Top