Eberechi Eze. Foto: Agensi
NAIB juara musim lalu, Arsenal berpesta lima gol di Stadium Emirates apabila menundukkan Leeds United 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Ahad.
Perlawanan bermula dengan pemain baharu bernilai £60 juta (RM340 juta), Eberechi Eze, diperkenalkan kepada penyokong The Gunners sebelum sepak mula.
Jurrien Timber menjadi wira awal Gunners apabila membuka jaringan hasil sepakan sudut minit ke-34 sebelum melorongkan bola untuk Bukayo Saka meledak gol kedua.
Saka menambah satu lagi gol menjelang rehat, namun terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan di babak kedua.
Pemain baharu, Viktor Gyokeres, yang dibeli £64 juta (RM362 juta), turut membuka akaun jaringan minit ke-48 sebelum Timber menambah gol keempat melalui sepakan sudut minit ke-56.
Arsenal kemudian memberi peluang debut kepada pemain berusia 15 tahun, Max Dowman, yang pantas mencuri tumpuan apabila dijatuhkan dalam kotak penalti.
Gyokeres kemudian menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol kelima tuan rumah minit ke-95.
Dowman kini menjadi pemain kedua termuda dalam sejarah Gunners beraksi pada usia 15 tahun 234 hari, hanya di belakang Ethan Nwaneri (15 tahun 181 hari).
Kemenangan besar itu bagaimanapun dibayangi kecederaan dua tonggak utama, kapten Martin Odegaard dan Saka, sekali gus menambah kebimbangan buat Mikel Arteta selepas kecederaan Kai Havertz masih belum pulih.
LIGA PERDANA INGGERIS
KEPUTUSAN
Arsenal 5-0 Leeds United
Manchester City 0-2 Tottenham Hotspur
Bournemouth 1-0 Wolverhampton
Burnley 2-0 Sunderland
Brentford 1-0 Aston Villa