Cklamovski janji beri saingan terbaik di Nam Dinh

Cklamovski janji beri saingan terbaik di Nam Dinh

Cklamovski janji beri saingan terbaik di Nam Dinh


KETUA jurulatih pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski meletakkan sasaran tinggi untuk mengalahkan Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh malam esok.

Menurut Cklamovski, kemenangan penting bagi membangkitkan semula semangat pasukan selepas kekecewaan gagal layak ke pusingan akhir.

Malaysia kini menduduki tempat kedua Kumpulan F, ketinggalan enam mata di belakang Vietnam, selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 17 Mac lalu mengisytiharkan Harimau Malaya tewas 3-0 dalam dua perlawanan terdahulu menentang Nepal dan Vietnam kerana didapati menurunkan pemain tidak layak.

Keputusan itu menamatkan peluang Malaysia ke Arab Saudi, tetapi Cklamovski menegaskan kemenangan tetap menjadi sasaran utama meskipun perlawanan esok hanya formaliti dari segi kedudukan.

“Apa yang berlaku sebelum ini melemahkan semangat pemain. Namun, kami berusaha menukarkan kekecewaan itu menjadi motivasi.

“Menang menentang Vietnam bukan sekadar soal mata tetapi untuk membangkitkan semula semangat pasukan,” katanya.

Sejak separuh akhir Piala AFF 2014, Malaysia sukar menundukkan Vietnam.

Dalam tempoh 20 tahun pertemuan, pasukan negara hanya mencatat dua kemenangan, dua seri dan 13 kekalahan.

Kekalahan terbaru selepas diisyithar kalah 0-3 dalam perlawanan kedua Kumpulan F menambahkan lagi rekod suram Malaysia setiap kali turun menentang Vietnam.

Dari segi kekuatan, Vietnam kini lebih mantap berbanding pertemuan pertama pada Jun 2025.

Kepulangan bintang seperti Nguyen Xuan Son, Doan Van Hau dan Tran Dinh Trong serta pemain dinaturalisasikan, Do Hoang Hen memperkukuh pasukan.

Vietnam turut mengekalkan rentetan 12 kemenangan berturut-turut di Asia Tenggara sejak tewas 1-2 kepada Thailand dalam perlawanan persahabatan September 2024.

Pun begitu, Cklamovski yakin pasukan negara bersedia.

“Kem latihan berjalan lancar dan pemain fokus untuk menunjukkan prestasi terbaik esok,” katanya.

Ringkasan AI

  • Ketua jurulatih, Peter Cklamovski, sasarkan kemenangan ke atas Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan F.
  • Malaysia di tempat kedua Kumpulan F, tetapi keputusan terdahulu melawan Vietnam dan Nepal dibatalkan kerana pemain tidak layak.
  • Kemenangan walau hanya formaliti tetap penting untuk motivasi pasukan selepas gagal layak ke pusingan akhir.
  • Sejarah perlawanan menunjukkan Malaysia sukar menundukkan Vietnam dengan kekuatan Vietnam semakin meningkat.
  • Pemulangan pemain bintang dan konsistensi kemenangan menjadikan Vietnam pasukan kuat dalam saingan kali ini.



Source link

OR

Scroll to Top