Penyokong Selangor FC kritik kualiti pemain import

Penyokong Selangor FC kritik kualiti pemain import


firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tahap kesabaran penyokong Selangor FC (SFC) tampak sudah melebihi had apabila ramai mengkritik mutu pemain import yang di bawa musim ini.

Malah, isu berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu apabila saban musim skuad Red Giants dilihat masih gagal merekrut pemain import benar-benar berkualiti meskipun memiliki dana cukup besar.

Kekalahan 1-2 di tangan Negeri Sembilan FC semalam menyaksikan ‘api kemarahan’ ke atas pihak pengurusan cukup memuncak dengan rata-rata mahu barisan pengurusan pasukan dirombak.

“William Lira itu import apa SFC ambil ini, siapa yang dalam SFC yang cadang ambil dia ini, takkan (Katsuhito) Kinoshitu yang cadang.

“Pengurusan ini memang patut rombak la mengarut. Kesian ‘fans’ Selangor FC, takut lama-lama ‘support’ makin lama makin menurun sebab ada yang tak nak dengar dan tak nak ubah,” tulis Jokesek di laman sosial.

Bagi seorang lagi penyokong yang dikenali Matt Fathy, dia menyifatkan semua pemain import dinilai semula.

“Pertahanan hampeh. Perlukan ‘defend coach’ yang ‘better’. Semua ‘defend deep’ sampai tak ada yang tunggu tengah, banyak perlawanan dah tengok.

“Gol kedua nampak semua pertahanan berkumpul sampai tak ada ‘cover’ sebelah kiri. William Lira dan Pitcha Autra tak nampak berkualiti sebagai pemain import,” tulis Matt Fathy.

Seorang lagi peminat turut senada, “Banyak pemain Selangor FC beli tak ada faedah.

“Lira, Zach Clough, Pitca Autra semua membazir. Tahap rendah betul tak ada kualiti langsung, tolonglah pertingkatkan buru gol. Gerakan banyak ke depan banyak tapi tak ada gol,” kata Sep Wahab.

Red Giants sering dilabel sebagai pencabar utama JDT saban musim berdasarkan kekuatan dana dimiliki, namun buruan gelaran sering tersekat ekoran kehadiran pemain import yang ‘second class’.

Kali terakhir SFC menggondol kejuaraan utama domestik adalah pada 2015 lalu apabila memenangi Piala Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top