Sze Fei-Izzuddin berpeluh, Aaron-Wooi Yik bergaya di Paris

Sze Fei-Izzuddin berpeluh, Aaron-Wooi Yik bergaya di Paris


Sze Fei-Izzuddin mara ke pusingan ketiga. Foto: Agensi

BEREGU badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bermandi peluh sebelum menempah tiket ke pusingan 16 Kejohanan Dunia di Adidas Arena, Paris.

Pasangan nombor tiga dunia itu dipaksa berhempas pulas selepas tewas set pertama 19-21, namun segera bangkit mempamerkan keampuhan sebenar untuk menundukkan gandingan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, 19-21, 21-10, 21-17.

Sze Fei-Izzuddin yang pernah tersingkir di pusingan ketiga edisi 2021 dan 2022, tidak mahu mengulangi kesilapan sama apabila menunjukkan kebangkitan luar biasa di set penentuan daripada ketinggalan 7-11 sebelum melakar kemenangan.

Aaron Chia-Wooi Yik turut mara ke pusingan ketiga. Foto: Agensi

Aaron Chia-Wooi Yik turut mara ke pusingan ketiga. Foto: Agensi

Kemenangan luar biasa itu membolehkan mereka berdepan beregu nombor 16 dunia dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, pada Khamis.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi, gandingan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tampil bergaya apabila menyingkirkan beregu Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley, straight set 21-15, 21-16.

Kemenangan itu memastikan kemaraan tiga wakil Malaysia ke pusingan ketiga, sekali gus menjanjikan satu tiket automatik ke suku akhir apabila Aaron-Wooi Yik bakal berentap dengan rakan senegara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King.



Source link

OR

Scroll to Top