Pei Kee–Mei Xing tersingkir, tunduk kepada beregu Bulgaria

Pei Kee–Mei Xing tersingkir, tunduk kepada beregu Bulgaria


Pei Kee (kiri) –Mei Xing gagal beri saingan kepada Gabriela–Stefani di Adidas Arena, Paris, Perancis pada Rabu.

HASRAT beregu badminton wanita negara, Go Pei Kee–Teoh Mei Xing, untuk mara lebih jauh dalam Kejohanan Dunia berakhir dengan penuh kekecewaan apabila mereka tersingkir di pusingan kedua pada aksi di Adidas Arena, Paris, Perancis pada Rabu.

Berdepan pasangan kembar Bulgaria, Gabriela–Stefani Stoeva, yang hanya satu tangga di belakang mereka dalam ranking dunia, gandingan negara ranking ke-18 itu gagal memberi tentangan apabila tewas mudah 11-21, 9-21 hanya dalam tempoh 34 minit.

Pei Kee–Mei Xing berpeluang cerah untuk melangkah lebih jauh selepas menerima bye di pusingan pertama selain undian yang memihak kepada mereka.

Namun peluang itu tidak dimanfaatkan, sebaliknya corak permainan longgar dan banyak kesilapan sendiri membuka ruang kepada lawan menguasai perlawanan dari awal hingga akhir.

Bagi pasangan Stoeva yang jauh lebih berpengalaman, mereka tidak berdepan masalah besar menyingkirkan beregu kedua negara di belakang gandingan utama, Pearly Tan–M Thinaah.



Source link

OR

Scroll to Top