‘Hotpot’ halal Supamala buka cawangan ketiga di Bangsar

‘Hotpot’ halal Supamala buka cawangan ketiga di Bangsar


AZMI (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Syed Saddiq pada majlis perasmian restoran Supamala di Bangsar baru-baru ini. Foto Supamala

POPULARITI hotpot semakin meluas kebelakangan ini, namun pilihan hidangan tersebut yang halal masih kurang di pasaran.

Menyedari kelompongan tersebut, penyedia makanan hotpot halal, Supamala tampil mengisi kekosongan itu dan mereka kini melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan ketiga di Bangsar.

Pengerusi Supamala, Datuk Azmi Hassan berkata, hotpot berjaya menyatukan orang ramai pada zaman sekarang.

“Kami mahu memastikan hotpot dapat dinikmati semua lapisan masyarakat melalui pendekatan berfokuskan halal.

“Cawangan baharu ini menzahirkan tekad kami untuk terus membina hubungan sesama masyarakat melalui makanan halal,” katanya pada majlis perasmian pembukaan restoran tersebut baru-baru ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta selebriti terkenal, Bella Astillah.

Supamala Bangsar menampilkan lima set bufet dengan harga serendah RM38.90 untuk set makan tengah hari atau hidangan lewat malam.

Lebih daripada 100 pilihan ala carte turut ditawarkan daripada kuah sup istimewa sehinggalah pencuci mulut.



Source link

OR

Scroll to Top