Harimau Selatan baham Harimau Kumbang

Harimau Selatan baham Harimau Kumbang

Harimau Selatan baham Harimau Kumbang


Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) melepasi kawalan pemain Penang FC Ahmad Irfan Mohd Noor (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 25/26 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis. Foto Bernama

SKUAD Johor Darul Ta’zim kian mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super apabila menewaskan Penang FC 6-0, di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis.

JDT bermula garang sebaik wisel permulaan dengan asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat bagi membuka jaringan.

Asakan-asakan berkenaan akhirnya berhasil apabila penyerang import, Jairo Da Silva menanduk masuk gol pembukaan perlawanan pada minit ke-9.

Minit ke-10 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu hampir menambah jaringan, namun rembatan Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya ditepis penjaga gol skuad Harimau Kumbang, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.

Bagaimanapun, Arif Aiman menebus kehampaan itu dengan meledak gol kedua JDT pada minit ke-17.

Pemain JDT, Joao Vitro Brandao Figueiredo (dua, kiri) melakukan percubaan ketika menentang pasukan Penang FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 25/26, di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis. Foto Bernama

Pemain JDT, Joao Vitro Brandao Figueiredo (dua, kiri) melakukan percubaan ketika menentang pasukan Penang FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 25/26, di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis. Foto Bernama

Walaupun selesa mendahului dua gol di hadapan, namun kesebelasan JDT dilihat masih meneruskan asakan ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Hasilnya, minit ke-31 menyaksikan Arif Aiman apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum tenang menewaskan Khairulazhan untuk gol ketiga.

Dua minit berselang, giliran Joao Figueiredo untuk meledak gol keempat JDT

Masa kecederaan babak pertama menyaksikan tonggak pertahanan Jon Irazabal, menanduk masuk gol kelima bagi menyaksikan JDT selesa menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua JDT dilihat semakin garang mengasak dan hasilnya menyaksikan pertahanan import, Antonio Glauder menjaringkan gol ke enam pada minit ke-51.

Hasil satu serangan balas, pemain import Penang FC, Dylan Halls berjaya menjaringkan gol pada minit ke-55.

Bagaimanapun, gol berkenaan dibatalkan pengadil perlawanan.

Penghujung babak kedua menyaksikan JDT semakin hebat mengasak dalam usaha menambah jaringan.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan skuad Harimau Selatan itu, hingga ke wisel penamat.



Source link

OR

Scroll to Top