Onana sertai Trabzonspor secara pinjaman

Onana sertai Trabzonspor secara pinjaman


PENJAGA gol Manchester United, Andre Onana sah menyertai kelab Turkiye, Trabzonspor secara pinjaman.

Perpindahan Onana sudah dijangka selepas United mendapatkan khidmat Senne Lammens daripada Royal Antwerp pada hari terakhir jendela perpindahan minggu lalu.

Pembelian Lammens menyaksikan United kini memiliki empat penjaga gol.

Walaupun kelab menyatakan tidak keberatan mengekalkan jumlah tersebut, masa depan Onana yang bergelut dengan prestasi sememangnya menjadi tanda tanya.

Setakat ini, penjaga gol antarabangsa Turkiye, Altay Bayindir telah diturunkan dalam ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana musim ini, manakala Onana, 29, hanya sekali beraksi ketika United dikejutkan dengan penyingkiran dalam Piala Liga selepas tewas kepada kelab divisyen empat, Grimsby Town menerusi penentuan penalti. Onana dipersalahkan atas dua gol yang dibolosi dalam perlawanan tersebut.

Onana menyertai United dari Inter Milan pada 2023, namun prestasi tidak menentu membuatkan beliau sering menjadi sasaran kritikan. Musim lalu, beliau menjadi pilihan utama, tetapi kecederaan hamstring menyebabkan Onana terlepas aksi pramusim bersama skuad.

Jendela perpindahan Turkiye hanya ditutup pada Jumaat, dan terdapat kemungkinan Onana yang kini bersama skuad kebangsaan Cameroon bakal membuat penampilan sulung menentang Fenerbahce pada Ahad ini.

 

 



Source link

OR

Scroll to Top