Jun Hao kejutkan Ginting, Tang Jie–Ee Wei langkah kanan di Shenzhen

Jun Hao kejutkan Ginting, Tang Jie–Ee Wei langkah kanan di Shenzhen


PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan aksi bertenaga apabila menyingkirkan bintang Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, pada pusingan pertama Masters China Super 750 di Shenzhen Arena, Khamis.

Pemain ranking ke-22 dunia itu bermula garang dengan menang set pertama 21-19 ke atas Ginting.

Bagaimanapun jagoan Indonesia berkenaan bangkit menang 21-5 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Jun Hao yang mencipta sensasi ke atas Ginting di Terbuka Singapura tahun lalu kembali dengan magis di set ketiga untuk menang 21-10 dalam pertarungan 54 minit.

Kemenangan itu sekali gus menyamakan rekod pertemuan mereka kepada 2-2 selepas empat perlawanan.

Turut melakar kemenangan, beregu campuran nombor tiga dunia, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei.

Tang Jie–Ee Wei tidak berdepan masalah menewaskan gandingan Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi–Francesca Corbett, 21-12, 21-14 dalam masa 31 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Chen–Ee Wei memulakan kempen di Shenzhen dengan langkah kanan, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai juara dunia baru-baru ini.

Ringkasan AI

  • Leong Jun Hao menyingkirkan Anthony Sinisuka Ginting pada pusingan pertama Masters China Super 750
  • Leong Jun Hao dan Anthony Sinisuka Ginting mempunyai rekod pertemuan sama kuat 2-2 setelah empat perlawanan
  • Jun Hao menang set pertama, Ginting bangkit di set kedua, tetapi Jun Hao akhirnya menang di set ketiga
  • Kemenangan Jun Hao atas Ginting adalah dalam pertarungan yang mengambil masa 54 minit
  • Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memenangi perlawanan beregu campuran mereka dengan mengalahkan pasangan dari Amerika Syarikat



Source link

OR

Scroll to Top