'Saya hanya mahu menang, tak fikir jumlah jaringan' – Bidoglio

'Saya hanya mahu menang, tak fikir jumlah jaringan' – Bidoglio



sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menjelaskan dirinya hanya memberi fokus sepenuhnya bagi membantu pasukan untuk muncul juara Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.

Katanya, pemain menampilkan prestasi yang sangat baik dalam perlawanan itu dan mereka berjaya membalas kepercayaan dengan memberi kemenangan mengatasi Selangor 6-1.

“Dalam fikiran saya, saya hanya berfikir untuk memenangi perlawanan tanpa mengira jumlah jaringan. Saya tidak ada keraguan kerana saya percaya 100 peratus kepada pemain, ketua pasukan serta pasukan saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan saya. Bagi saya, keputusan hari ini sangat baik dan menggembirakan semua orang,”katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Dalam aksi itu, meskipun Selangor cuba memberi tentangan terutama di awal permainan dengan serangan berbahaya namun JDT lebih menguasai permainan sejak awal dan berjaya mendahului dua gol pada babak pertama menerusi sepakan percuma, Juan Muniz di minit 25 dan Arif Aiman Hanapi minit 41.

Bersambung separuh masa kedua, Red Giants cuba bangkit dengan gol Alvin Fortes di minit 59 sekali gus melonjakkan motivasi anak buah Nidzam Jamil.

Bagaimanapun, malam ‘ngeri’ Selangor bermula pada minit 62 apabila Bergson da Silva menambah gol ketiga sebelum Muniz menambah dua gol lagi untuk melengkapkan hatriknya (minit 67 dan 89) dan satu menerusi Heberty (m-76).

Dengan kejayaan itu, membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dan kelima secara keseluruhan bermula 2016, 2022 dan 2023, termasuk pada 1998 ketika di bawah Johor FA.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top