03 Oktober 2025 10:58am
Masa membaca: 4 minit
Pelumba XDS Astana, Matteo Malluceli terpaksa menarik diri selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 16.5 pada perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca hujan hari ini – Foto: Bernama
PENYANDANG dan pendahulu jersi jingga Le Tour de Langkawi (LTdL) Matteo Malucelli daripada XDS Astana Team, gagal menamatkan perlumbaan Peringkat Keenam dari Shah Alam Ke Port Dickson, hari ini.
Pada perlumbaan tersebut, pelumba kelahiran Itali itu terpaksa menarik diri selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 16.5 pada perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca hujan.
Kemalangan itu turut melibatkan beberapa pelumba termasuk Erland Blikra daripada pasukan Uno-X Mobility, namun pelumba Norway itu kembali meneruskan perlumbaan.
Perkembangan itu sekali gus menyaksikan Malucelli terpaksa mengucapkan selamat tinggal untuk baki dua peringkat perlumbaan selepas ini.
Untuk rekod, pada LTdL musim ini Malucelli telah memenangi perlumbaan Peringkat Pertama (mengelilingi Pulau Langkawi), Peringkat Ketiga (Gerik-Pasir Puteh) dan Peringkat Keempat (Kuala Terengganu-Kemaman). – Bernama
Ringkasan AI
- Matteo Malucelli daripada XDS Astana Team terlibat dalam kemalangan di kilometer 16.5
- Perlumbaan itu berlangsung dalam cuaca hujan
- Kemalangan melibatkan beberapa pelumba termasuk Erland Blikra dari pasukan Uno-X Mobility
- Malucelli gagal menamatkan Peringkat Keenam dari Shah Alam ke Port Dickson
- Malucelli telah memenangi Perlumbaan Peringkat Pertama, Ketiga, dan Keempat LTdL musim ini