KUALA LUMPUR: Meraikan semangat juang rakyat Malaysia yang tidak pernah luntur, jenama kopi kegemaran ramai, NESCAFÉ, melancarkan kempen terbaru ‘Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama’.
Lebih istimewa, kempen ini turut menampilkan sebuah lagu inspirasi berjudul ‘Kental Bersama’, dendangan penyanyi popular Black Hanifah.
Kisah wira biasa jadi inspirasi luar biasa
Lagu ‘Kental Bersama’ diilhamkan daripada kisah kehidupan harian rakyat Malaysia yang penuh keazaman. Ia mengangkat kisah inspirasi tiga individu luar biasa, termasuk Dr Madhu atau lebih mesra digelar “Dr. Teddy Bear”, seorang doktor berhati mulia yang memberi rawatan kesihatan percuma kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.
Turut diketengahkan adalah semangat juang Kak Dell, seorang pemandu Grab dan guru tuisyen yang gigih mengejar impiannya untuk menjadi seorang penulis, serta perjalanan hidup Black Hanifah yang menjadikan asal-usulnya yang sederhana dan kasih sayang terhadap keluarga sebagai sumber inspirasi muziknya.
Ketiga-tiga mereka turut dipaparkan dalam video muzik rasmi lagu itu, menggambarkan pelbagai perjuangan hidup yang disatukan oleh semangat daya tahan yang sama.
Mengulas lanjut, Black menyifatkan lagu itu sangat dekat di hatinya.
“Lagu ini lahir daripada kisah rakyat Malaysia sendiri. Liriknya mencerminkan harapan dan perjuangan kita. Saya bersyukur kerana ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar wujud apabila kita kekal kental bersama,” katanya.
Lebih ‘kick’ untuk terus kental
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, menyifatkan inisiatif ini sebagai satu penghargaan kepada semangat juang rakyat Malaysia.
“NESCAFÉ bukan sekadar kopi. Ia telah lama menjadi teman setia rakyat Malaysia melalui suka dan duka,” katanya.
Bagi menyemarakkan lagi semangat kental rakyat Malaysia, NESCAFÉ turut memperkenalkan inovasi terbaru bagi memenuhi citarasa tempatan, NESCAFÉ Triple Shot.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini, menjelaskan produk ini dihasilkan khas untuk peminat kopi yang menggemari rasa kopi yang kuat.
“Kajian terbaru menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda dalam permintaan kopi yang lebih pekat dan mantap. Pelancaran ini adalah bukti komitmen kami untuk terus relevan dengan gaya hidup rakyat Malaysia,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin menonton video muzik ‘Kental Bersama’ atau mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.nescafe.com.my atau ikuti laman rasmi Facebook dan Instagram NESCAFÉ Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd






