Falsafah kami jaring gol sebanyak mungkin dan menang piala – Hecto

Falsafah kami jaring gol sebanyak mungkin dan menang piala – Hecto


KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Tazim (JDT FC) mempunyai falsafah tersendiri dalam bola sepak iaitu merekodkan kemenangan dalam setiap permainan dan menjaringkan gol sebanyak yang mungkin.

Ketua jurulatihnya, Hecto Bidoglio berkata, pihaknya tidak boleh bersimpati ke atas pasukan lawan kerana ia adalah prestasi dan mutu permainan pasukannya.

Bercakap dalam sidang media selepas diangkat juara kali keempat Piala FA malam tadi, beliau menyifatkan kemenangan 6-1 ke atas Selangor FC adalah kemenangan hasil kerja keras dan semangat juang tinggi pasukannya.

“Saya sangat gembira dan ucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi kelab khususnya Tunku Mahkota Johor kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap saya untuk mencorak kelab ini ke arah kecemerlangan dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa.

“Saya terpegun dengan aksi luar biasa yang dipamerkan oleh pemain Boys of Straits dengan corak permainan high pressing selain penyokong kami menempuh perjalanan jauh yang menjadi pemain ke-12 memberi sokongan padu sepanjang perlawanan.

“Pemain saya sangat bijak dan pintar serta tahu bagaimana untuk bermain dalam perlawanan akhir serta menjuarai piala yang dipertandingkan,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio.

Bagaimanapun di sebalik kemenangan itu, beliau masih bersikap rendah diri sambil mengakui pasukannya masih perlu memperbaiki mutu permainan agar lebih baik pada masa depan.

Ditanya sama ada kemenangan dengan jaringan besar 6-1 ke atas Selangor FC adalah keputusan yang sememangnya dijangka, beliau berkata pasukannya sentiasa berkeyakinan menang kerana mempercayai 100 peratus semua terlibat dalam pasukan JDT FC.

“Saya tidak tahu sama ada baik atau tidak untuk bercakap bahawa kalau kami diberi masa tambahan 10 minit lagi, mungkin dapat menjaringkan banyak lagi gol memandangkan pemain saya beraksi sangat agresif dan laju dengan begitu cergas atas padang sepanjang 90 minit permainan berlangsung.

“Apa pun dari aspek taktikal, mereka mengambil risiko sewaktu melakukan serangan balas di gawang lawan dan ia harus dipuji kerana mereka mahu jaringkan gol untuk menang piala secara berpasukan disokong skil individu.

“Lagi pun, falsafah kami menyerang pasukan lawan sepanjang masa atas padang tidak boleh diubah atau perlu perlu bersimpati dengan lawan kami yang membolos gol banyak dari kami,” ujarnya.

Bagi beliau setiap perlawanan akhir adalah sentiasa sukar sama ada ia Piala Malaysia atau Piala FA kerana mereka sentiasa mencipta peluang jaringkan gol dan menang untuk JDT FC. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top