Nadzmi menangis sebaik jumpa Ardell di KLIA

Nadzmi menangis sebaik jumpa Ardell di KLIA


georgie@hmetro.com.my

Sepang: Pelakon Nadzmi Adhwa menitiskan air mata sebaik menyambut kepulangan isterinya Ardell Aryana di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam ini.

Sebaik bertemunya, Nadzmi terus mengucup pipi Ardell dan menghadiahkan sejambak bunga meleraikan kerinduan yang dipendam selama hampir dua bulan bertarung emosi memikirkan isterinya.

Ardell dalam ucapannya berterima kasih kepada orang ramai yang hadir secara sukarela menyambut kepulangan mereka.

“Terima kasih kerana sukarela hadir menyambut kami semua, saya tak dapat berkongsi banyak.

“Namun saya harap semua dapat hadir ke Axiata Arena esok untuk bersama solidariti demi Palestin,” katanya

Terdahulu Nadzmi serta dua anaknya tiba di KLIA 1 dengan menaiki konvoi empat buah bas.

Lebih 2,000 penyokong membanjiri KLIA sejak 7.30 malam bagi menyambut wira dan wirawati negara.

Laungan takbir dan Free Palestine berkumandang sejak jam 8 malam sementara menantikan sukarelawan tiba di Balai Ketibaan, KLIA, Terminal 1.

Pada Sabtu lalu, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

Berita berkaitan:

Dua bulan terpisah, Yusuf sambut kepulangan Zizi Kirana dengan kejutan

Misi GSF tak masuk Israel secara haram, tapi bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza – Mohamad

Misi GSF: Ardell hampir pengsan, kelihatan lemah dan pucat

GSF: T-shirt putih jadi tudung, simbol penindasan wanita Islam oleh Israel – Farah Lee

Misi GSF: Kita berjaya ‘break the silence’ – Nadir Al-Nuri

Kejayaan bawa pulang sukarelawan GSF hasil diplomasi tertinggi

GSF: 23 sukarelawan selamat tiba, Malaysia rakam penghargaan kepada Turkiye, rakan antarabangsa

Sukarelawan GSF sujud syukur di KLIA, disambut tangisan dan laungan ‘Bebas Palestin’

23 wira wirawati GSF selamat tiba

Misi GSF: Tahap keselamatan di KLIA terkawal

Keluarga, orang ramai berkumpul di KLIA sambut kepulangan aktivis GSF

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top