Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Artik

Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Artik

Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Artik


Aaron-Woi Yik naib juara Terbuka Artik Super 500. Foto Badminton Association of Malaysia

HASRAT beregu utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik untuk menjulang kejuaraan Terbuka Artik Super 500 tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil England, Ben Lane–Sean Vendy dalam aksi final penuh dramatik di Energia Arena, Vantaa, Finland pada Ahad.

Pasangan pilihan pertama kejohanan itu tewas dalam pertarungan tiga set selepas berhempas pulas selama sejam 15 minit dalam aksi yang menyaksikan momentum sering bertukar tangan.

Lane–Vendy bermula cemerlang apabila menguasai set pertama dengan tekanan berterusan ke atas Aaron–Wooi Yik untuk mencatat kemenangan 21-18.

Namun, Aaron–Wooi Yik tidak mudah mengalah bangkit lebih hebat pada set kedua dengan mempamerkan ketenangan luar biasa untuk memenangi pertarungan sengit 27-25 sekali gus mengheret permainan ke set penentuan.

Set ketiga berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasangan saling berbalas mata, namun Lane–Vendy lebih kemas di penghujung permainan bagi menamatkan saingan 21-17.

Ringkasan AI

  • HASRAT beregu utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik untuk menjulang kejuaraan Terbuka Artik Super 500 tidak kesampaian tewas kepada wakil England, Ben Lane–Sean Vendy
  • Pasangan pilihan pertama kejohanan itu tewas dalam pertarungan tiga set selepas berhempas pulas selama sejam 15 minit
  • Lane–Vendy bermula cemerlang apabila menguasai set pertama dengan tekanan berterusan ke atas Aaron–Wooi Yik untuk mencatat kemenangan 21-18
  • Aaron–Wooi Yik bangkit pada set kedua mempamerkan ketenangan untuk memenangi pertarungan 27-25 mengheret permainan ke set penentuan
  • Set ketiga berlangsung seimbang, Lane–Vendy menamatkan saingan 21-17



Source link

OR

Scroll to Top