Pelakon Datin Atikah Suhaime menjadi perhatian apabila dilihat membalas komen seorang individu yang menyindirnya kerana sering berkongsi video memasak di rumah.
Menerusi komen berkenaan, individu tersebut menyindirnya dengan gelaran ‘bibik’ meskipun berkahwin dengan lelaki kaya.
BACA: Anak Terjatuh Buaian Elektrik, Atikah Suhaime Rasa Gagal Jadi Ibu
Tidak hanya berdiam diri, Atikah membalas dengan pedas bertanyakan adakah adakah cef di restoran dipanggil bibik hanya kerana memasak untuk pelanggan.

Diruangan komen, rata-rata netizen yang berpendapat komen individu itu adalah tidak wajar dan sebagai isteri sudah pasti mahu berikan yang terbaik untuk keluarganya.