Misi kedua Sumud Nusantara diteruskan, PM Anwar akan hubungi Presiden Mesir

Misi kedua Sumud Nusantara diteruskan, PM Anwar akan hubungi Presiden Mesir

Misi kedua Sumud Nusantara diteruskan, PM Anwar akan hubungi Presiden Mesir


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi dalam masa terdekat bagi membincangkan pelaksanaan gelombang kedua misi Sumud Nusantara yang dijangka akan digerakkan melalui pintu Rafah.

sumud nusantara

Misi kedua Sumud Nusantara akan diteruskan, mungkin ikut jalan darat

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Anwar menyatakan perkembangan gencatan senjata antara Hamas dan Israel baru-baru ini memberi kelegaan besar kepada dunia selepas berbulan-bulan rakyat Palestin di Gaza berdepan kezaliman tanpa henti.

“Kini setelah gencatan senjata dicapai, sudah tentu kita menghargai peranan Presiden Donald Trump, Presiden Qatar, Presiden Mesir dan semua negara yang menyokong inisiatif keamanan ini.
“Kita harap ia berjaya kerana ia penting untuk kestabilan rantau ini dan kemanusiaan secara keseluruhan,” katanya.

Sumud Nusantara demi beri bantuan untuk rakyat Gaza

Anwar turut menegaskan kali ini misi bantuan akan digerakkan melalui jalan darat, bukan lagi laut, dan beliau berharap Presiden el-Sisi akan membenarkan pasukan Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Mesir.

Dalam masa sama, Anwar turut menzahirkan kebanggaannya apabila Malaysia menjadi negara pertama yang memberi sokongan rasmi kepada misi Global Sumud Flotilla, Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleen To Gaza (TMTG).

“Misi flotilla adalah salah satu inisiatif. Ia bukan inisiatif saya. Beberapa anak muda Malaysia mahu memimpin usaha ini.
“Saya kata baik, dan mereka bergerak, kita beri sokongan serta kemudahan,” katanya ketika berucap pada program In-Conversation With Prime Minister sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE 2025) di ibu negara.

Artikel lain: PM Anwar usaha buka pintu Rafah salur bantuan, akan hubungi Presiden Mesir

Sebelum ini, menerusi Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil beliau menyatakan Malaysia akan menggunakan semua ruang diplomasi yang ada termasuk menghubungi Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi, bagi membincangkan cadangan membuka semula sempadan Rafah sebagai pintu masuk bantuan ke Palestin.

Sumber: Buletin TV3 (Fareez Azman)





Source link

OR

Scroll to Top