Banjir kilat di Lipis, 59 mangsa ditempatkan di PPS

Banjir kilat di Lipis, 59 mangsa ditempatkan di PPS

Banjir kilat di Lipis, 59 mangsa ditempatkan di PPS


Kuantan: Hujan lebat berterusan lebih sejam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Lipis dilanda banjir kilat awal pagi tadi.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 59 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kechor Tui setakat 11 pagi.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lipis Lt (PA) Ahmad Hafizy Che Daud berkata, banjir berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 4 pagi tadi dan menjejaskan Kampung Kechor Tui dan Felda Kechau 1.

“Tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, setakat 11.10 pagi ini, banjir masih belum surut sepenuhnya.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat masih melakukan pendaftaran mangsa terjejas,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top