Nasihat bijaksana bapa Amira Othman buat Abby Abadi tersentuh

Nasihat bijaksana bapa Amira Othman buat Abby Abadi tersentuh


PETALING JAYA: Pelakon, Abby Abadi, tersentuh dengan ucapan bapa kepada penyanyi, Amira Othman semasa majlis persandingan selebriti itu di Johor, baru-baru ini.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, menyifatkan nasihat yang dititipkan bapa Amira, Othman Abd Kadir begitu bermakna iaitu tidak meninggalkan pasangan merajuk dalam tempoh lama.

“Peringatan hebat untuk Amira dan Fattah serta sangat baik untuk mereka yang nak mendirikan rumah tangga.

“Panjang tapi memang buat saya rasa nak nangis sebab arwah ayah saya dulu tak pandai nak bagi nasihat panjang begitu.

“Antara nasihat yang saya ingat macam yang saya tulis sebab saya lalui sendiri. Gaduh, tak pujuk, tidak balik berbulan-bulan memang membuatkan keadaan jadi lebih buruk.

“Banyaklah ‘point’ lain yang menusuk di kalbu, sayu,” katanya dalam perkongsian di Threads.

Bagaimanapun, pelakon Gerak Khas The Movie itu mengagumi keperibadian Othman yang disifatkan berjaya mendidik anak sebaik, Amira.

“Memang betullah ada ayah macam inilah yang akan membuatkan anak-anak terdidik dengan baik.

“Terbukti figura seorang ayah sangat penting untuk anak-anak membesar menjadi manusia yang bernilai,” tulisnya.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat melangsungkan majlis resepsi untuk keluarga pengantin perempuan di Johor pada Sabtu.

Fattah dan Amira selamat bergelar suami isteri pada 14 September di sebuat resort di Sepang. -UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top