Pelakon Mimi Lana berkata isu jenayah membabitkan individu bawah umur kini semakin membimbangkan tambahan pula hukuman yang dikenakan seolah tidak menyedarkan pesalah.
Menerusi perkongsian di Threads, Mmimi turut mencadangkan agar kes jenayah bawah umur dibawa ke tali gantung.
BACA: Syafiq Kyle Dedah Sebelum Kahwin Lagi Mimi Lana Teringin Anak Kembar

“Rasanya kes jenayah bawah umur ni dah boleh bawa ke kes tali gantung. Diorang ni besar kepala. Sebab akta bawah umur ni selalu selamatkan diorang,” katanya.
Sementara itu, Mimi berkata ada dikalangan ibu bapa yang berfikiran sambil lewa dimana jenayah yang dilakukan anak di bawah umur kerana tidak berfikiran rasional.
“Mak bapak pun ambik sambil lewa konon anak bawah umur tak berfikiran rasional lagi. Rogol anak orang,buli anak orang pandai pulak,” katanya.
Perkongsian Mimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan cadangan berkenaan serta berharap pihak berkuasa mengetatkan lagi undang-undang.
Beberapa hari lalu, empat pelajar Tingkatan Lima direman selama enam hari selepas disyaki terlibat kejadian merogol seorang pelajar Tingkatan Tiga secara berkumpulan secara bergilir-gilir.