“Senjata Paling Bahaya Yang Mampu Rosakkan Anak-Anak Adalah Telefon Pintar”

“Senjata Paling Bahaya Yang Mampu Rosakkan Anak-Anak Adalah Telefon Pintar”


Pengarah dan penerbit, Erma Fatima meluahkan kebimbangan susulan peningkatan kes jenayah serta gejala sosial melibatkan golongan muda serta dikalangan anak-anak.

Menerusi perkongsian di Threads, Erma berkata ramai ibu bapa yang  memberi kebebasan kepada anak-anak dalam penggunaan telefon pintar sedangkan ianya adalah ‘senjata’ luar paling bahaya.

BACA: Erma Fatima Dedah Wujud ‘Walid’ Di Dunia Sebenar, Mangsa Isteri-isteri Orang

“Kita salahkan pemimpin…kita salahkan menteri…kita salahkan sistem pendidikan…kita nak salahkan siapa lagi? 

“Kita lupa nk salahkan diri kita kerana bagi KEBEBASAN pada anak-anak kita dengan SENJATA LUAR paling bahaya yang boleh merosakan anak2 kita iaitu telefon,” katanya.

Sementara itu, Erma berkata tidak semua generasi muda diluar sana menggunakan telefon dengan sebaiknya dan bimbang mendengar berita yang mengerikan sejak akhir-akhir ini.

“Tak semua anak2 kita mampu guna handphone dgn bijaksana. Tiba-tiba aku terfikir tadi malam..iblis mana yang turun merasuk kita ketika ini. Setiap hari ada je berita yang mengerikan sejak kebelakangan ini,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top