“Terima Kasih Jadi Anak Yang Baik, Hormat Mummy” – Coretan Watie Hanifiah Buat Thalita Sentuh Hati Ramai

“Terima Kasih Jadi Anak Yang Baik, Hormat Mummy” – Coretan Watie Hanifiah Buat Thalita Sentuh Hati Ramai

“Terima Kasih Jadi Anak Yang Baik, Hormat Mummy” – Coretan Watie Hanifiah Buat Thalita Sentuh Hati Ramai


Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah menitipkan ucapan buat anak tirinya, Thalita selepas berjaya meraih tempat kedua dalam sebuah program hiburan nyanyian.

Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa sebak dan bangga apabila anak tirinya, Thalita, berjaya meraih tempat kedua dalam sebuah program hiburan nyanyian baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie berkongsi luahan penuh emosi buat Thalita yang kini berusia 12 tahun, sambil menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti kecekalan dan kesabaran anak kecil itu dalam menempuh perjalanan penuh cabaran.

“Syukur Alhamdulillah. Buat pertama kalinya air mata awak yang jatuh itu adalah air mata kegembiraan. Di saat awak belajar ikhlaskan semuanya, bersabar dengan semuanya dan serahkan pada Allah segalanya.

“Allah tahu dan Allah menilai. Akhirnya, inilah hikmah bagi segalanya yang awak pernah rasa dan lalui dalam program ni,” tulisnya.

Menurut Watie, Thalita bukan sahaja menunjukkan bakat nyanyian yang semakin menyerlah, malah membuktikan kematangan luar biasa meskipun usianya masih muda.

“Ada ketika awak gembira bila di atas, ada ketika awak sedih bila di bawah. Ada juga masa awak rasa hilang bila hari-hari makin mencabar buat awak yang baru berumur 12 tahun.

“Tapi berkat kesabaran dan kecekalan, Allah bantu awak rasa manisnya kejayaan di waktu yang tepat,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Watie turut menitipkan penghargaan kepada Thalita yang sentiasa menghormati dan menyayangi dirinya sebagai ibu tiri, meskipun sering berdepan teguran dan bebelan seorang ibu.

“Terima kasih jadi anak yang baik dan sabar… tetap tadah telinga, tetap duduk depan Mummy walau Mummy membebel panjang.

“Tapi yang paling Mummy hargai, bila awak masih minta pendapat Mummy dan percaya pada Mummy walaupun tahu Mummy ni vocal pun kelaut,” selorohnya.



Source link

OR

Scroll to Top