“Silap Berjodoh Dengan Kematian Dulu” – Hazwani Pesan Hargai Masa Single

“Silap Berjodoh Dengan Kematian Dulu” – Hazwani Pesan Hargai Masa Single

“Silap Berjodoh Dengan Kematian Dulu” – Hazwani Pesan Hargai Masa Single


Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi menitipkan pesanan buat wanita diluar sana untuk menghargai fasa kehidupan mereka ketika masih bujang atau single.

Menerusi perkongsian di Threads, Hazwani berkata ketika masa bujang ini banyak ilmu yang boleh direbut serta menghulurkan bantuan sebanyak mungkin dan mengembara.

BACA: Kalau Bukan Anak-Anak Saya Yang Pergi, Siapa Lagi?” 

“Tetiba banyak lalu lalang Threads korang cerita pasal being single. Bagi Kak Ika, masa single lah masa yang patut korang hargai sebab ini lah masa kalian boleh rebut ilmu sebanyak mungkin, nak bantu sebanyak mungkin, travel sebanyak mungkin,” katanya.

Sementara itu, Hazwani berkata tiada siapa tahu mengenai soal jodoh dan mungkin kematian yang akan menjemput kita terlebih dahulu.

“Sebab akhirnya kita tak tahu berjodoh yang mana satu. Silap berjodoh dengan kematian dulu. Jadi nikmatilah masa single dan teruskan berdoa dan sangka baik pada Allah,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top