Dr. Afifah Tak Tahu Nubhan Ada Rumah Di Dengkil

Dr. Afifah Tak Tahu Nubhan Ada Rumah Di Dengkil


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah berkata dia tidak tahu mengenai kewujudan rumah milik suaminya yang terletak di Southville, Dengkil, Selangor.

Memetik Malaysia Gazette, rumah tersebut menjadi faktor utama kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

BACA: “Kami Keluar Makan Tiba-Tiba Nubhan Lafaz Cerai”

Difahamkan, Nubhan memiliki sebuah rumah yang terletak dalam mukim Sepang, bagaimanapun Dr. Afifah menjelaskan dia tidak pernah tahu mengenai kewujudan rumah itu serta menyangka ia milik sepupu suaminya.

Malah, Dr Afifah berkata  sepanjang 10 tahun perkahwinan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah berkenaan.

“Saya tidak tahu pun rumah itu milik kami. Saya ingatkan rumah sepupu dia,” katanya.

Hakim Syarie menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh keputusan selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak serta peguam syarie masing-masing.

Sumber: Malaysia Gazette






Source link

OR

Scroll to Top