Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia mempunyai sebab menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Ahyan kereta mewah jenama Porsche.
Memetik Astro Gempak, Aliff berkata dia mahu menjaga imej anaknya serta tidak mahu melihat dirinya sahaja yang ke hadapan tambahan pula dia melihat kemajuan pada Ammar sekarang.
BACA: Ammar Ahyan Dapat Porsche Untuk Ke Kolej, Aliff Syukri Nasihat Jangan Riak
“Kereta mewah supaya nampaklah mewah sikit anak saya. Tak naklah orang fikir anak selekeh, saya seorang sahaja yang ke depan.
“Dulu saya dah penat bising fasal fesyen dan rambut dia yang selalu ‘kembang’, tapi bila dia makin besar saya nampak ada kemajuan. Sekarang ada gaya sikit.
“Saya juga nak orang tahu bapa dia bukanlah seorang yang kedekut. Saya tak nak orang pandang ‘anak jutawan tapi dia menyedihkan’. Saya tak nak begitu,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata pada awalnya dia dan isteri bercadang untuk membeli kenderaan biasa seperti Honda atau Mercedes namun dia mahu anaknya kelihatan hebat.
“Asalnya saya dan isteri nak belikan Ammar kereta Honda je. Paling maksimum pun kereta Mercedes lah. Fikir punya fikir, saya nak Ammar ‘enjoy’ zaman muda dia. Ammar punya impian nak beli kereta Perdana, Honda Accord atau Mercedes X-Class.
“Sebagai seorang bapa, saya memang nak nampakkan anak saya hebat. Ketika saya senang sekarang, saya nak anak rasa bersama.
“Waktu susah nanti, takut saya tak boleh bagi. Kalau mampu beli Axia, Axia sahajalah saya mampu tapi memandang ada kemampuan, saya nak dia seronok hidup sekarang. Apa yang saya buat sampai hari ini adalah untuk anak saya juga. Sejujurnya, saya gembira bila tengok dia (Ammar) gembira,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






