Perkongsian pelakon Nadia Brian menjadi perhatian apabila memuat naik kenyataan seolah menggesa Menteri Pendidikan untuk meletakkan jawatan.
Menerusi hantaran tersebut, Nadia turut meminta agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikembalikan.
BACA: “Baru Tahu Pendosa Tak Boleh Minta Doa” – Nadia Brian

“Letak jawatan jela, rosak akhlak pelajar-pelajar kita nanti. Kembalikan la exam UPSR dan PMR ni semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju dengan hantaran Nadia itu serta meminta pelakon itu untuk membaca terlebih dahulu mengenai isu berkenaan sebelum memberikan pandangan.
Malah, individu tersebut turut meminta Nadia untuk berhenti berlakon serta mengatakan drama kini tidka mengajar ke arah kebaikan tambahan pula dengan penampilan yang tidak mencerminkan budaya serta agama.
“Berhenti berlakon la. Ramai dah rosak akhlak dengan drama murahan Malaysia sekarang. Drama tak ajar langsung ke arah kebaikkan.
“Belum lagi dengan penampilan yang tidak mencerminkan budaya apatah agama kita. Btw Nadia, baca dulu pasal UPSR, PMR semua ni sebelum you nak join the hype. Seriously, to some public figures, you guys are famous for nothing!,” tulis seorang netizen.
Untuk pengetahuan semua, PMR telah dimansuhkan pada tahun 2014 dan digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PT3) yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga memegang portfolio pendidikan.
Pada 2021, UPSR dimansuhkan dan digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Menteri Pendidikan ketika itu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.