Pelakon cantik Fasha Sandha tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kononnya dia berhenti mengikuti akaun seseorang di media sosial.
Menerusi sesi siaran langsung di Instagram bersama penyanyi Siti Sairah, pelakon drama bersiri Khilaf Asmara ini berkongsi cara untuk ‘remove followers’ tanpa perlu menekan butang unfollow.
Menurut Fasha, dia tidak pernah berhenti mengikuti mana-mana individu seperti yang disangka sesetengah pihak.
“Saya baru tahu semalam pasal benda ni. Sebab agak terkejut ya, tiba-tiba macam… eh? Saya tak pernah follow sesiapa, itu bukan diri saya. Saya tak pernah unfollow sesiapa pun.
“Tak kisahlah siapa pun, saya tak akan unfollow. Even my ex-husband pun masih follow each other. Kita takkan unfollow, itu bukan budaya saya,” ujarnya.
Tambah Fasha, dia hanya mengetahui tentang fungsi ‘remove followers’ di Instagram selepas dimaklumkan oleh pekerjanya.
“Semalam baru tahu daripada staff saya. Tak ada motif pun. Sebab itulah saya rasa benda ni kena beritahu orang ramai, biar semua tahu fungsi tu. Kena kongsi knowledge ni.
“Bila diri sendiri yang remove orang, dia nampak macam kita yang unfollow, padahal sebenarnya kita yang remove.
“So macam budaya follow-unfollow ni bukan budaya saya. Tapi saya okay je, boleh diibaratkan macam plot twist,” jelasnya.
Menerusi sesi sama, ibu tiga cahaya mata ini turut menasihatkan orang ramai agar memahami fungsi media sosial dengan lebih mendalam supaya tidak mudah menilai tindakan seseorang secara salah.
“Kadang-kadang orang boleh salah faham dengan apa yang nampak. Tapi sebenarnya lain. Jadi saya harap perkongsian ni dapat beri ilmu kepada semua tentang ‘remove followers’ tu,” katanya.
Terdahulu, timbul dakwaan Fasha tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik seseorang selepas perkara terbabit kecoh diperkatakan oleh seorang pengguna di aplikasi Threads.