Jangan suka-suka tuduh Aisha Retno main sihir

Jangan suka-suka tuduh Aisha Retno main sihir


Ini pun satu hal. Cik Bunga tahulah sejak kejadian mistik berlaku terhadap peserta Talk To My Manager (TTMM), Amad, makin ramai pula yang mula buka cerita mengenai kejadian itu dan ini melibatkan perihal sihir.

Kalau hendak buka cerita mengenai pengalaman peribadi, silakan. Tidak salah pun, sebab Cik Bunga faham, di hujung cerita, mestilah sebenarnya tukang cerita hendak sampaikan mesej supaya berhati-hati.

Tetapi, apa yang tak menariknya, ada juga cerita di belakang tabir yang kisahnya menjurus ke arah tuduhan.

Kononnya artis itu yang buat atau hantar ‘baranglah’, sihirlah. Perkara itu, seakan menyaksikan bahawa mudah benar tuduhan seperti itu dilemparkan kepada artis-artis tertentu.

Buatnya anda silap dan salah dalam membuat kenyataan, tidaklah malu? Tidakkah rasa berdosa? Ini juga yang Cik Bunga dengar menimpa penyanyi, Aisha Retno.

Kononnya penyanyi ini terlibat dengan perkara begini.

Tolonglah, jangan mudah menuduh, tak baik. Setahu Cik Bunga, Aisha lah artis yang pernah terkena dan menjadi mangsa sihir dan hal itu pernah diceritakan oleh empunya diri sebelum ini.

Bukanlah hendak menangkan Aisha, tetapi betul tak apa Cik Bunga cakap, tak baik kita menuduh orang buat perkara itu sedangkan bukti pun tak ada.

Pendek kata, macam-macam cara ya orang hendak memburukkan atau cuba menjejaskan nama baik orang lain.

Kepada mereka yang rancak bercakap dan menuduh Aisha itu dan ini, Cik Bunga sarankan berhentilah berkata buruk.

Kalau tak ada benda baik hendak diluah, lebih baik diamlah. Kenapa hendak tambah dosa?





Source link

OR

Scroll to Top