“Berani Hidup Bahagia Tapi Abaikan Anak-Anak? Sabar Jap” – Norreen Iman

“Berani Hidup Bahagia Tapi Abaikan Anak-Anak? Sabar Jap” – Norreen Iman


Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman berkata dia menerima banyak provokasi dan segala tuduhan yang timbul tiada kaitan dengan perubahan dalam kehidupannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Norreen bagaimanapun berkata itulah media sosial dan dia tidak perlukan validasi daripada orang lain.

BACA: “Saya Rasa Apa Yang Norreen Buat Terbaik Untuk Dirinya” 

“Provokasi semakin menjadi-jadi. Banyak tuduhan fitnah yang tercetus. Semua perkara ini berlaku dan tiada satu pun berkaitan dengan perubahan yang saya lakukan.

“Begitulah dunia media sosial. Teruskan tersenyum dan kita tidak seharusnya mencari pengesahan daripada orang lain,” tulisnya.

Sementara itu, Norreen dilihat membalas komen seorang netizen yang menitipkan nasihat kepadanya agar tidak melayan provokasi serta teruskan kehidupan bersama anak-anak.

Tidak menyebut nama mana-mana pihak namun komen Norreen itu dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya.

“Saya harap dia faham tanggungjawab terhadap anak-anak. Dia boleh hidup seperti apa sahaja dia mahukan hahaha lebih bahagia lebih baik. Tetapi keberanian untuk hidup bahagia dan mengabaikan mereka (anak-anak), sabajap,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top