“Adakah Sah Perkahwinan Ini? Tanpa Pengetahuan Bakal Isteri?” – Uqasha

“Adakah Sah Perkahwinan Ini? Tanpa Pengetahuan Bakal Isteri?” – Uqasha


Pelakon Uqasha Senrose membuat pendedahan yang mengejutkan ramai apabila mempersoalkan mengenai status perkahwinannya dengan aktor Kamal Adli.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Uqasha mendakwa tarikah pernikahan pada sijil pernikahan mereka berbeza dan hanya mengetahui mengenai perkara itu pagi tadi.

BACA: Hilang Sabar, Tiada Persefahaman Punca Uqasha Senrose Fail Cerai

“Allah Maha Besar! Masyallah satu lagi, aku dinikahkan dan diakad atas PENGETAHUAN AKU PADA 5/11/2021 jam 9pagi, tapi di SIJIL NIKAH AKU DINIKAHKAN 4/11/2021 pada jam 9.30 malam,” tulisnya.

“AllahuAkbar! Adakah  sah perkahwinan ini tanpa pengetahuan bakal isteri? sah ke ? cukup ke syarat sah kawin?” tulisnya.

Perkongsian Uqasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpandangan sah perkahwinan pasangan itu hanya berlaku kesilapan pada sijil nikah sahaja. 

Sementara itu, rata-rata netizen meminta Uqasha untuk merujuk ke pejabat agama berhubung perkara berkenaan berbanding berkongsikan perkara itu di media sosial.






Source link

OR

Scroll to Top