“Masing-Masing Mengutuk, Mencaci” – Aazief Khalid Selar Netizen ‘Buli’ Selebriti Wanita Kini Berdepan Konflik Rumah Tangga

“Masing-Masing Mengutuk, Mencaci” – Aazief Khalid Selar Netizen ‘Buli’ Selebriti Wanita Kini Berdepan Konflik Rumah Tangga


Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid meluahkan rasa berang terhadap segelintir netizen yang seolah-olah ‘membuli’ seorang selebriti wanita setelah berdepan konflik rumah tangga.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Aazief menyifatkan tindakan netizen tersebut seakan tidak selari dengan kempen ‘anti-buli’.

“Netizen buli selebriti yang tengah go through a tough phase in her life is not surprising in the latest.

“Acah-acah saja anti-bullying, padahal masing-masing kaki mengutuk, mencaci, dan dehumanise antara satu sama lain. Zero empathy,” katanya.

Dalam masa sama, Aazief turut mengakui bukan mudah untuk melihat ibu bapa yang sedang dalam fasa bercerai.

“She’s human and deserved grace. As a child of divorcees, I saw how difficult it is for my mother and father to go through this process.

“Walaupun ada hikmah, tapi susah untuk kita nampak kebaikan dalam keadaan tengah derita,” katanya lagi.



Source link

OR

Scroll to Top