Linda Hashim Rimas, Penyondol Beri ‘Warning’ Jangan Ganggu Beego – “Mereka Boleh Buat Suka Hati, Tapi Jangan Ganggu Saya!”

Linda Hashim Rimas, Penyondol Beri ‘Warning’ Jangan Ganggu Beego – “Mereka Boleh Buat Suka Hati, Tapi Jangan Ganggu Saya!”


“Masa tengah seronok, penyondol-penyondol ni lupa siapa saya..”. Itu antara luahan hati pelakon Linda Hashim ketika diminta untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan suaminya yang juga pelakon, Beego yang dikatakan cuba melambat-lambatkan proses perceraian mereka.

Kata Linda, dia telah didatangi seorang wanita didakwa kekasih suaminya yang mendesak untuk mereka segera berpisah.

Malah, wanita tersebut juga tanpa segan silu memintanya untuk tidak lagi memberi harapan kepada Beego kerana mahu memulakan kehidupan baharu bersama aktor berkenaan.

“Semalam, ada kekasih dia cari dan marah saya. Katanya, tolong jangan bagi harapan pada Beego sebab dia nak mulakan hidup baharu.

“Saya memang nak cerai dan selesaikan semuanya. Masalahnya, mereka (kekasih Beego) yang cari saya.

“Tak tahu nak kata sama ada hubungan mereka serius atau tidak. Tapi masa tengah seronok, penyondol-penyondol ni lupa siapa saya.  Tapi bila ada masalah cari saya,” katanya.

Linda atau nama lengkapnya, Norhazlinda Hashim, 41 berkongsi mengenai perkara itu ketiak ditemui pada Majlis Tayangan Filem Hayya 3: Gaza di Pavilion Bukit Jalil, pada Jumaat.

Jelas Linda, memandangkan isu rumah tangganya sudah berlarutan hampir setahun dan keadaan menjadi semakin rumit, dia memohon agar Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah memudahkan proses perceraian mereka dek kerana tidak mahu terus tertekan dengan pelbagai isu melibatkan4 campur tangan pihak lain.

“Saya fail cerai bulan Januari, keluar rumah bulan Oktober tahun lalu. Saya cuma nak selesaikan hal ini cepat.

“Saya tak nak ada lagi gangguan daripada sesiapa. Masalah saya dengan dia pun belum selesai hampir setahun. Orang yang menyondol ini pula datang ganggu saya. Saya jadi serabut dan terbeban,” jelasnya.

Selain itu, Linda turut meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Beego yang disifatkannya seolah-olah mempermainkan isu lafaz taklik yang pernah dilafazkan sebelum ini.

“Saya rasa dia macam mempermainkan isu taklik. Saya tak main-main, sebab kalau saya main-main, saya takkan sampai ke mahkamah. Atas sebab itulah, saya akhirnya terlepas juga untuk mengatakan dia menipu.

“Ada sedikit kenyataan dia yang tak betul. Taklik memang ada cuma hakim sendiri yang minta saya failkan semasa proses Jawatankuasa Pendamai (JKP),” tegasnya.

Sebelum ini, Beego ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, mendakwa lafaz taklik yang dibuatnya tidak sah kerana hanya berkuat kuasa sekiranya isterinya kembali taat.

Namun, menurutnya, Linda tidak kembali ke pangkuannya selama setahun, sekali gus menjadikan taklik itu terbatal.

Untuk rekod, pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, sebelum rujuk semula pada 9 April 2023 dan bersama hadir ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan anak.

 



Source link

OR

Scroll to Top