“Rindu Anak Syurga” – Perkongsian Zaquan Adha Kenang Pemergian Anak Bongsu Bikin Netizen Sebak

“Rindu Anak Syurga” – Perkongsian Zaquan Adha Kenang Pemergian Anak Bongsu Bikin Netizen Sebak

“Rindu Anak Syurga” – Perkongsian Zaquan Adha Kenang Pemergian Anak Bongsu Bikin Netizen Sebak


Perkongsian terbaharu bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak mengenai pemergian anak bongsunya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees, mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Menerusi hantaran di TikTok, Zaquan memuat naik video menyayat hati memaparkan perjalanan hidup anaknya itu  bermula daripada detik kelahiran sehingga ke saat-saat akhir pemergiannya.

Antara momen yang paling menyentuh hati dalam video tersebut adalah,  ketika arwah diberikan bantuan kecemasan di dalam kereta ambulans termasuklah ketika proses mengkafankan jenazahnya.

Manakala, menerusi ruangan kapsyen, Zaquan turut menzahirkan rasa rindu yang mendalam terhadap anak syurganya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak dengan perkongsian berkenaan sekaligus mendoakan agar Zaquan dan isteri dikurniakan kekuatan dalam menjalani kehidupan.

Terdahulu, pada 11 Februari lalu, Zaquan memaklumkan kepada umum mengenai pemergian anak bongsunya yang ketika itu berusia enam bulan.

Untuk makluman, isterinya yang juga pelakon, Ayu Raudhah, selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka pada 2 Ogos 2024 dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011, dan dikurniakan tujuh cahaya mata — Muhammad Aisy Qaiser (12), Muhammad Aisy Aryann (11), Laura Zuleykha (8), Muhammad Aisy Khaliq (6), Muhammad Aisy Al Jibreel (3), anak keenam berusia dua tahun, serta Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.



Source link

OR

Scroll to Top