“Kalau Dia Masih Tak Faham Bahasa, Jangan Sampai Saya Jadi Gila”

“Kalau Dia Masih Tak Faham Bahasa, Jangan Sampai Saya Jadi Gila”


Pelakon Linda Hashim menegaskan sepanjang perkahwinan dia dan suami iaitu Beego tidak pernah sekalipun keluar makan malam romantis.

Memetik HibGlam, Linda berkata tiada lagi ruang untuk dipujuk susulan kenyataan Beego yang mahu membawanya ‘candlelight dinner’ untuk memujuknya.

BACA: “Kekasih Beego Cari Saya Marah-Marah, Mereka Nak Mulakan Hidup Baru”

“Sepanjang hidup saya dengan dia, tak pernah satu kali pun ‘candlelight dinner’ dengan dia. Jadi, mustahil. Ini bukan tahap pujuk lagi. Dia dah selalu memujuk, saya dah tak tahu macam mana nak bagi dia faham,” katanya.

Sementara itu, Linda turut meminta agar suaminya menghormati keputusannya apatah lagi sudah berkali-kali dia memberi peluang kepada Beego.

“Saya tengah sabar sebenarnya, kalau dia masih tak faham bahasa jangan sampai saya jadi gila. Tolong hormat keputusan saya, saya dah bagi peluang.

“Ini adalah perceraian yang ketiga. Pertama dan kedua pun saya dah bagi peluang, minta maaf setahun 10,000 kali buat dan dah diberi peluang,” katanya.

Tambah Linda lagi, dia akan mengekalkan hubungan baik dengan Beego demi anak-anak mereka dan mungkin boleh berkawan meskipun selepas berpisah selepas ini.

“Saya bukan nak sangat bercerai, tapi saya rasa dah tak boleh dan rasa dia pun dah tidak boleh. Mungkin dia selesa dengan keadaan bersama saya selama ini.

“Saya nak dia tahu, saya masih lagi boleh terima dia sebagai sahabat ataupun bapa kepada anak-anak. Saya tidak akan buang, benci, anaiya dia cuma kita tiada pertalian suami isteri,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top