Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh kongsi foto bersukan dengan Khairy Jamaluddin atau KJ di media sosial miliknya.
Akmal Saleh kongsi foto bersukan dengan KJ
Menerusi hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa UMNO sama sekali tidak menghalang mana-mana ahli untuk bertemu dan bersilaturahim dengan ahli yang digantung mahupun telah dipecat.
“UMNO bukan setakat tidak menghalang mana-mana ahli untuk berjumpa dengan ahli parti yang digantung atau dibuang, tetapi tidak juga menghalang untuk bersukan bersama” tulisnya.

Akmal Saleh kongsi foto bersukan, tiada masalah dengan KJ
Dalam perkongsian itu, dapat dilihat Dr Akmal dan KJ sedang bersukan bersama walaupun status KJ yang bukan lagi ahli UMNO memandangkan telah dibuang daripada parti tersebut selepas Pilihan Raya Umum ke-16 yang lalu.
Ujar Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Merlimau itu lagi,dalam politik tidak harus bermusuh sehingga memisahkan hubungan silaturahim kerana tujuan asal adalah saling menyatukan
“Politik jangan memisahkan, tetapi perlu menyatukan,” ujarnya lagi.
Ada parti yang tak benar ahli berhubung dengan individu dikenakan tindakan
Muat naik tersebut pastinya mencuri perhatian lebih-lebih lagi ditengah kemelut yang melanda parti pembangkang dimana beberapa nama besar dalam politik hari ini digantung keahlian serta digugurkan sebagai pengerusi dalam jawatan yang dipegang sekarang.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada parti yang melarang ahlinya untuk berhubung dengan mana-mana pihak yang sedang dikenakan tindakan disiplin.

Artikel lain: Wan Saiful akui terkejut tindakan pantas BERSATU – “Kami akan pertimbangkan rayuan..”
Perkara tersebut sudah tentu memberi satu gambaran yang kurang sihat dalam politik semasa terutama di pihak pembangkang apabila merasakan ia satu tindakan tidak wajar.
Sumber: Facebook Akmal Saleh, Wan Ahmad Fayshal





