Aset Vida Termasuk 3 Kereta Mewah Berjaya Dilelong RM1 Juta

Aset Vida Termasuk 3 Kereta Mewah Berjaya Dilelong RM1 Juta

Aset Vida Termasuk 3 Kereta Mewah Berjaya Dilelong RM1 Juta


Kesemua barangan peribadi milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida termasuk tiga kenderaan mewah berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan RM1 juta hari ini.

Memetik Sinar Harian, proses lelongan yang diadakan di kediaman usahawan itu melibatkan dua pembida namun hanya seorang daripada mereka iaitu usahawan Norzamri Abdullah memperoleh keseluruhan barangan selepas seorang lagi pembida menarik diri.

BACA: “Bau Wangi Semerbak Sebaik Melangkah” – Vida Sebak Ziarah Pusara Arwah Nurly

Antara aset yang dilelong ialah sebuah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 selain 727 barangan dalam rumah seperti set sofa, meja makan, televisyen, penghawa dingin, teleskop, gitar elektrik, piano, set karaoke, meja pool, hiasan dinding dan pasu.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Ah Design Communication iaitu Samir Zainal memaklumkan masih terdapat baki tuntutan bernilai kira-kira RM100,000 dimana bayarannya akan ditentukan kemudian berdasarkan arahan dan perbincangan dengan anak guamnya.

“Saya difahamkan tuntutan bagi baki itu masih akan diteruskan tetapi jumlahnya tidak besar seperti sebelum ini. 

“Mungkin akan ada proses susulan, sama ada melalui rundingan atau tindakan lain, namun ia bergantung kepada keputusan seterusnya,” kaanya.

Sumber: Sinar Harian






Source link

OR

Scroll to Top