Pelakon Nora Danish berkata dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai temannya yang dikenali sebagai Mickey Ayo kerana tidak mahu ada pihak tersinggung.
Memetik HibGlam, Nora berkata dia turut kasihan dengan temannya berikutan kopiah putih menjadi tular serta bimbang untuk terlalu terbuka berkongsikan kisah peribadi.
BACA: Nora Danish, Mickey Ayo Saling Berbalas Hadiah Kasut Sukan, Jam Tangan
“Kalau boleh saya nak jaga privasi saya dan dia (Mickey). Dia pun terkejut bila kopiah putih menjadi viral. Kasihan dia. Saya sebenarnya gemuruh, tak mahu kisah ini membuatkan ada pihak yang tersinggung,” katanya.
Apabila ditanya siapa pihak yang mungkin akan tersinggung dengan kisah peribadinya, Nora berkata dia tidak tahu mungkin peminatnya atau sesiapa sahaja.
“Peminat saya kan ramai. Mungkin ada yang akan tersinggung,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk lelaki serta percaya Allah akan hadirkan insan lebih baik untuk menjadikan dirinya lebih baik.
“Saya sentiasa percaya Allah akan hadirkan insan yang lebih baik dan menjadikan saya insan yang lebih baik. Sudah tentu saya inginkan perkahwinan kerana saya nak bersama pasangan saya mengejar syurga. Kan best kalau ada pasangan. Kalau seorang penat juga,” katanya.
Dalam pada itu, Nora mengakui Mickey merupakan lelaki yang sedang rapat dengannya ketika ini dan sering membuatkannya ketawa.
“Saya serahkan segalanya kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusan. Kalau Allah permudahkan maknanya dialah orangnya. Insya-Allah,” katanya.
Sumber: HibGlam






